Lost World of Tambun, Perak

- Percutian Keluarga -

Date : 20 Disember 2008

Day : Sabtu

dsc00022

dsc000351

dsc00037

dsc01735

dsc01737

dsc01740

dsc00046

Percutian ini sebenarnya telah dirancang  ketika semua saudara berkumpul di rumah pada hari raya aidilfitri 2008. Idea untuk pergi bercuti di Lost World of Tambun, Perak datangnya dari ibu saudara saya yang ingin membawa anak-anaknya ke sana untuk menghabiskan masa cuti sekolah. Namun begitu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, beliau dan ahli keluarganya tidak dapat mengikut kami ke sana. Akhirnya hanya dua keluarga sahaja yang mengikuti percutian ini iaitu keluarga saya (ma, yani dan ucop) dan keluarga pakcik (along, angah, wan dan dek fa). Turut sama mengikuti percutian kami adalah nenek kesayangan kami (Tok Limah Rempit).

Perjalanan dari Pasir Puteh, Kelantan ke Ipoh City, Perak yang mengambil masa berjam-jam lamanya amat memenatkan. Disebabkan pakcik mempunyai tugas (ceramah) pada sebelah pagi jumaat, kami telah bertolak agak lewat. Namun begitu, kami telah selamat sampai ke bandar ipoh pada tengah malam dan terus menginap di Heritage Hotel (Jalan Raja Dihilir) yang tidak beberapa jauh dari Lost World of  Tambun.

Keesokkan harinya, kami bertolak dari tempat penginapan pada pukul 10.00 pagi dan telah sampai dengan selamatnya di tempat yang ingin dituju. Disebabkan adanya kemudahan signboard dan saya pernah pergi ke tempat itu, jadi perjalanan kami tidaklah begitu bermasalah.

Lost World of  Tambun sangat unik, dengan berkonsepkan wet world, tempat ini sangat sesuai dikunjungi oleh keluarga. Selain dari Waterfalls Beach Garden (River & Beach Garden, Musical Body Wash, Jungle Wave Bay, dan Sandy Bay), terdapat juga Adventurific Water Slides@Water Park (Adventure River, Tube Raiders, Cliff Racer, dan Kid’s Explorabay), Tambun Hot Springs, Fantabulous Dry Rides@Amusement Park (Stormrider, Giddy Galleon, Perak Parade dan Adventure Express), Tiger Valley dan Nature Wonders (Needle of Tambun dan Kepura Cave). Agak berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan iaitu RM25 untuk orang dewasa dan RM19 untuk kanak-kanak.  Saya sempat menaiki Stormrider dan Giddy Galleon.

Percutian di Lost World of  Tambun memang menjanjikan satu pengalaman yang manis disamping dapat mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga.

- Baby Yula -

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: