Dicipline Based Art Education

Pendidikan Seni Berasaskan Disiplin ( DBAE )

DBAE adalah ringkasan kepada “ Dicipline Based Art Education “. DBAE ini diasaskan melalui empat disiplin seni iaitu Disiplin Sejarah Seni, Disiplin Kritikan Seni, Disiplin Estetik Seni dan Penghasilan Karya atau Produk.

  1. Disiplin Sejarah Seni

Disiplin ini memusatkan pembelajaran mengenai artis dan sumbangan aktiviti seni terhadap perkembangan peradaban seni serta pengaruhnya terhadap tamadun dan budaya bangsa. Terdapat beberapa aspek dan peringkat pembelajaran sejarah seni iaitu:

  1. Belajar tentang sejarah perkembangan penghasilan seni dan peningkatan pencapaian nilai artistik melalui sejarah pergerakan aliran gaya seni.
  2. Menganalisa karya-karya seni masa lampau yang mendapat pengiktirafan masyarakat serta dapat dijadikan sebagai bahan rujukan atau sumber pengetahuan dan pengalaman bagi generasi masa kini dan akan datang.
  3. Menyelidik dan mengkaji karya untuk mengesan asal-usul, kesan terhadap aliran seni dan artis serta mencari makna serta pengertian.
  4. Mengukur dan menilai serta memahami karya seni dalam konteks yang luas.

  1. Disiplin Kritikan Seni

Seni terbentuk dari unsur-unsur yang saling melengkapi dan digubah berlandaskan prinsip sehingga dapat diiktiraf sebagai suatu hasil seni. Disiplin kritikan seni menumpukan perhatian kepada penekanan kandungan mengenai persepsi,diskripsi, analisa, interprestasi dan penilaian terhadap sesebuah karya atau produk seni.

Pengalaman mengenai disiplin ini akan dapat dicapai melalui aktiviti pemerhatian, penganalisaan dan penilaian karya seni serta faktor-faktor yang berkaitan dengannya.

Pengetahuan mengenai disiplin ini juga boleh dihasilkan melalui peningkatan kefahaman melalui pembacaan, penulisan, komentar yang sering diperbincangkan atau diulas oleh pengkritik seni, artis, pemerhati seni, budayawan dan sejarawan.

Terdapat 3 komponen asas dalam membuat kritikan iaitu apa (memerlukan persepsi dan diskripsi), makna (analisis atau interprestasi) dan penilaian (pertimbangan dan penilaian).

Kritikan seni juga melibatkan aktiviti pengamatan dan pemerhatian yang teliti tentang sesuatu karya seni. Ia merupakan keupayaan pemerhati untuk menilai, membanding dan membeza antara karya dengan mengambil kira pertimbangan terhadap semua aspek.

Selain daripada itu ia membicarakan tentang tindakbalas dan persepsi orang lain atau audien juga masyarakat terhadap seni.

  1. Disiplin Estetik

Perbincangan mengenai estetik memerlukan kefahaman dan penguasaan laras bahasa tampak. Perbincangan boleh melibatkan pelbagai faktor dalam aspek antropologi, falsafah, sosiologi, psikologi dan sifat semulajadi seni.

Pelajar diminta membicarakan definisi dan ciri-ciri signifikan mengenai seni melalui disiplin ini.

Disiplin ini membantu pelajar membuat asas-asas penilaian sehingga mampu membuat pertimbangan mengenai seni.

Pengetahuan estetik membantu pelajar membuat apresiasi tentang keindahan, keunikan atau kesalahan yang wujud pada hasil seni melalui pelbagai pengalaman estetik.

  1. Disiplin Penghasilan Produk

Dalam disiplin penghasilan produk seni ianya lebih menegaskan kepada tatacara, kaedah dan proses menghasilkan karya atau produk seni.

Disiplin ini memerlukan pendidik menegaskan tentang penggunaan langkah-langkah artistik dan proses kreativiti sebagai langkah penghasilan karya.

Seni untuk pernyataan diri (ekspresif) memerlukan pelajar melalui beberapa peringkat pembelajaran kajian dan penerokaan untuk mewujudkan pengalaman iaitu:

· pengalaman dan penyesuaian dengan menggunakan pelbagai alatan, bahan, proses dan teknik.

· Mempelajari dari pengalaman sejarah dan warisan iaitu cara artis atau pandai tukang menggunakan alatan, bahan dan teknik pembuatan serta sikap dan nilai budaya kerja mereka.

· Membina dan memperkembangkan kualiti sahsiah yang diperlukan untuk mencapai kejayaan seperti tekun, sabar, dedikasi, cermat, teratur serta berkeupayaan menilai diri dari segi artis atau budaya.

· Belajar melahirkan pernyataan diri akibat dorongan emosi, perasaan dan pemikiran melalui bentuk-bentuk tampak.

· Memahami faktor-faktor motivasi melalui peranan artis atau pandai tukang mengenai kehidupan serta sumbangannya kepada masyarakat dan budaya.

Menghargai sumbangan artis dalam proses mempelajari dan mendapatkan pengalaman artistik iaitu kaedah yang dapat mengaplikasikan asas seni reka dan organisasi rekaan bagi menjana idea.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: