Seni : Kenneth M. Lansing

Struktur Kurikulum Pendidikan Seni Oleh Kenneth M. Lansing

Kenneth M. Lansing merupakan penulis yang banyak menghuraikan pandangan yang berhubung dengan pembinaan kurikulum Pendidikan Seni. Pandangannya ini ditulis dalam buku yang bertajuk ‘Art, Artist and Art Education (1971).

Menerusi buku Art, Artist and Art Education oleh Knneth M. Lansing, ia menghuraikan tentang pembinaan kurikulum Pendidikan Seni yang meliputi matlamat am, matlamat khusus, objektif serta pendekatan yang sepatutnya digunakan oleh pembuat dan perancang kurikulum.

Matlamat Umum Knneth M. Lansing

Matlamat utama Pendidikan Seni oleh Knneth M. Lansing boleh dibahagikan kepada dua iaitu untuk menghasilkan penggiat seni (artis) dan penghayat seni (connoiseurs) yang berpengetahuan serta mempunyai kemahiran untuk menginteprestasi dan menilai serta berkemampuan untuk mentafsir dan berkomunikasi tentang pengertian pengalaman menerusi hasilan tampak dalam kehidupan.

Kandungan seni amat luas. Bagi yang berbakat dan berkeupayaan menguasai bidang-bidang tertentu akan menjadi seorang penggiat seni sementara yang lainnya masih boleh melibatkan diri iaitu sebagai penghayat seni.

Matlamat Khusus Knneth M. Lansing

Matlamat khususnya pula menjelaskan bahawa ia dapat mempertingkatkan pengetahuan seni seseorang itu, mempertingkatkan kesedaran dan sikap terhadap seni serta memperkembangkan potensi dalam berkarya. Knneth M. Lansing juga menjelaskan perkaitan matlamatnya dengan aspek perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga matlamat ini dinyatakan sebagai struktur pengetahuan seni.

Struktur Pembentukan Kurikulum Pendidikan Seni

Dalam aspek pembentukan kurikulum, Knneth M. Lansing memberikan tumpuan terhadap tiga struktur:

  • struktur pengetahuan (kognitif),
  • struktur sikap (afektif) dan
  • struktur kemahiran (psikomotor).

Ketiga-tiga struktur ini merupakan domain yang penting dalam pembentukan kurikulum.

A. Kognitif

Domain kognitif ini adalah berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Ia mempunyai keupayaan mental untuk mentafsir, mengaplikasi ilmu pengetahuan. Terdapat lima jenis keupayaan pengetahuan yang harus dikuasai iaitu:

a. Sejarah Seni – merangkumi penghayatan seni, menikmati seni dan ada ilmu mengenai sejarah seni.

  1. Ilmu tentang kehidupan – melihat kepada latarbelakang dan kehidupannya, pengalamannya menjana dan menggarap ilmu.
  2. Gubahan – menyusun unsur seni, prinsip, disiplin Pendidikan Seni, bahasa tampak, pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
  3. Prosedur – proses berfikir, mengolah, mengaplikasi teknik dan menghasilkan dengan menggunakan ilmu yang diberi secara tersusun.
  4. Estetika – pengolahan estetika dan pengalaman estetika itu.

B. Afektif

Domain afektif ini adalah berkaitan dengan struktur sikap. Ia merupakan luahan emosi, perasaan, etika dan nilai dalam diri individu yang disokong oleh diri, keluarga, masyarakat dan persekitarannya. Dan empat sikap yang seharusnya ada adalah seperti di bawah:

  1. Sedia – sedia bekerja keras, meningkatkan keupayaan kreativiti, sedia berubah dan mengubah.
  2. Yakin – yakin kepada potensi individu, kebolehan menghasil, menilai, pernyataan yang menunjukkan penguasaan ilmu tampak.
  3. Minat – berminat menimba ilmu, menitikberatkan nilai dan motivasi.
  4. Berfikiran terbuka – terhadap perbezaan gaya, bentuk, idea dan tema yang membawa kepada perluasan ilmu.

C. Psikomotor.

Domain psikomotor ini merupakan struktur pergerakan dan kemahiran yang perlu dikuasai. Ia merupakan keupayaan perlakuan:

  • gerak kinestetik,
  • koordinasi
  • (ilmu dan pengalaman yang diluahkan) melalui kerja tangan. Struktur pergerakan ini adalah bertujuan bagi :

a. Mempertingkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan.

b. Mempertingkatkan kemahiran manipulasi media.

Kesimpulan

Melalui kesemua domain di atas, pelajar bukan sahaja mempunyai tahap intelektual yang tinggi malah mempunyai ketinggian nilai, minat, sikap, penghargaan nilai, mempunyai tahap emosi yang diingini dan pelajar juga mampu membuat pernyataan, etika dan estetika yang diharapkan terhadap penghasilan seni melalui sesuatu aktiviti. Ia juga dapat menunjukkan kemahiran memanipulasi bahan dan peralatan seni secara lebih efisyen.

Untuk itu potensi semulajadi pelajar dapat dikembangkan dengan menekankan struktur ilmu yang dilihat melalui tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Kemahiran ini perlu dilaksanakan secara berterusan berpandukan garis panduan yang ditetapkan. Dan huraian kesemua domain tersebut akan dijustifikasikan untuk memperlihatkan kesesuaiannya dengan Kurikulum Pendidikan Seni di negara kita.

1 Response so far »

  1. 1

    vqkobayakawa said,

    mba… beneran punya bukuny??? lg butuh ne buat skripsi


Comment RSS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: