Archive for March 31, 2009

Belajar Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna

2626895275_105da61632_m

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.

Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : “Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil”

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Malah sangat mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap kembali padamu.

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak…

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

———————————————————————————————————————————————

Sumber : Mr.Bobo

Comments (2) »

Misteri CINTA

2253402623_e57b389aa0_m

Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah, sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri, rasa cinta tetap wujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga , yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..

Jauh di dalam hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan, tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, tetapi terasa begitu dekat. Masih ingatkan suaranya, masih ternampak senyum tawanya. Rasanya baru semalam berlalu.. tidak terasa.. Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita. Selagi ada kejujuran, ia tetap mekar. Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri. Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama. Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati. Itulah cinta. Satu misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.

Leave a comment »

Apabila ANDA..

2652968917_bc05e0c6842

Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah..anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia. Satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Leave a comment »

COKLAT : Tinggalkan Ingatan Berpanjangan

354311587_107e06d41a_m

Mencari hadiah untuk seseorang kadangkala menimbulkan kerumitan. Apakah hadiah yang sesuai, adakah penerimanya akan menyukai hadiah itu, antara soalan yang pasti berlegar-legar dalam fikiran. Belum lagi memikirkan harga barangan yang mungkin `menyesakkan’ poket.

Jangan risau. Ada satu hadiah yang amat ringkas tapi berpotensi tinggi untuk membuatkan penerima gembira dan pada masa yang sama, mengurangkan tekanan, menjimatkan masa dan belanja anda untuk membelinya.

Coklat! Tahukah anda coklat adalah `luahan kasih sayang’ (message of love), luahan perasaan dan keprihatinan. Sesiapapun, berhak menerima hadiah coklat, tidak kira lelaki atau perempuan, kekasih, ahli keluarga, rakan sekerja, rakan perniagaan, tetamu majlis atau orang yang baru anda kenali. Anda hanya perlu memastikan minat dan cita rasa teman anda itu.

Namun, sebagai pemberian istimewa, pastikan coklat yang ingin dihadiahkan itu dibungkus dengan menarik. Coklat itu mungkin boleh diletakkan dalam bakul, kotak atau apa saja cara yang bersesuaian dengan tujuan pemberian anda itu. Semuanya bergantung kepada kreativiti anda untuk memberikan kejutan kepada si penerima.

Ada beberapa faktor yang membuatkan coklat pilihan yang tepat untuk dijadikan hadiah. Pertama sekali, populariti manisan ini yang berterusan membuatkan ia sampai bila-bila pun tidak `ketinggalan zaman’. Ia juga mampu mencetuskan mood gembira bila seseorang memakannya selain memperbaiki tahap kandungan gula yang rendah.

Tidak hairanlah jika ada yang menyifatkan coklat sebagai alternatif terbaik kepada jambangan bunga yang juga sebelum ini popular sebagai pilihan hadiah.

Hadiah ini akan lebih istimewa jika coklat yang diberikan itu terdiri daripada jenis yang eksklusif, mahal atau mungkin yang diimport atau dibeli dari luar negara. Lebih eksklusif lagi jika anda sendiri yang menyediakan coklat berkenaan!

Akhir sekali, titipkan juga ucapan indah dan bermakna bagi menambahkan lagi kegembiraan si penerima. Pasti coklat yang diberikan itu meninggalkan rasa dan ingatan yang berpanjangan….

68153223_665dbdf47d_m1

Leave a comment »

Lelaki Berjambang itu SEKSI?

images

Ciri-ciri tipikal lelaki – macho, sasa dan pelindung mungkin tidak lagi relevan dalam memikat hati wanita sekarang. Jika anda lelaki berwajah bersih dan mahu menukar gaya penampilan, sekarang mungkin waktu sesuai!

Suatu kajian yang dilakukan ke atas wanita di United Kingdom (UK) baru-baru ini memberikan keputusan yang wajar difikir lelaki dalam menata gaya. Mengikut kajian itu, lelaki sekarang tidak lagi perlu mencukur bersih wajah mereka kerana wanita lebih tertarik kepada lelaki yang menyimpan jambang.

Responden yang ditemui menyifatkan lelaki dengan jambang pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol dan sasa. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik sama ada untuk hubungan singkat atau jangka panjang.

Hasil kajian itu yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki aktor seperti George Clooney dan Brad Pitt yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih.

Bagi kebanyakan wanita, lelaki yang menyimpan misai, jambang dan janggut lebih terserlah sifat kelelakiannya berbanding lelaki tidak bermisai dan berjanggut yang ada kalanya mereka gelar ‘jambu’ atau ‘pretty boy’.

Misai dan janggut juga secara tidak langsung dapat membuatkan seseorang lelaki kelihatan lebih matang dan dominan, dua kualiti yang dicari rata-rata wanita.

Minat wanita juga berbeza-beza. Ada yang sukakan lelaki yang cuma menyimpan misai saja, ada yang suka pada lelaki yang menyimpan jambang saja dan ada yang terpikat pada yang memiliki kedua-duanya; misai dan jambang. Paling penting, misai dan jambang ini dijaga rapi dan tidak dibiarkan kelihatan bersepah kerana ia boleh menimbulkan pandangan bahawa anda seorang yang tidak terurus.

Sesetengah lelaki kelihatan menarik bila mempunyai misai, jambang atau janggut tapi ada juga yang tidak sesuai dengan penampilan sebegitu. Jika ramai yang memberi komen negatif mengenai penampilan anda yang bermisai, berjambang atau berjanggut – mungkin ia tidak sesuai dengan wajah anda.

Jadi, jika anda ingin mengetahui sama ada diri lebih menarik dengan misai dan jambang ataupun tidak, lebih baik kiranya anda tanyakan kepada rakan wanita di sekeliling anda.

Apa yang pasti, bermisai, berjambang ataupun tidak, semua ini adalah tarikan fizikal semata-mata.

Hakikatnya, biarpun seseorang lelaki itu ‘lulus’ dari segi penampilan fizikalnya di mata wanita tapi ‘gagal’ dari segi sikap dan keperibadian, misai, janggut, kumis atau jambang yang paling menawanpun tidak akan memberi sebarang makna.

INFO:

  • Designer stubble atau jambang pendek (baru tumbuh) mampu membuatkan anda tampak lasak dan menyerlah, bergantung kepada bagaimana anda merapikannya. Gaya seperti ini selalunya sesuai dengan ramai lelaki tidak kira sama ada yang bersifat romantik. sofistikated atau bersahaja. Selain itu, gaya ini dikatakan tidak akan ketinggalan zaman.
  • Jika anda mempunyai wajah ‘baby face’, dengan pipi bulat dan comel, designer stubble dapat membuatkan bahagian rahang anda tampak lebih cengkung selain menyembunyikan dagu yang berlapis.
  • Gaya ini sesuai untuk anda yang kurang gemarkan suasana formal dan penampilan ini juga boleh dibawa ke pejabat asalkan anda sentiasa memastikan ia rapi.
  • Bagi mendapatkan gaya ini, anda boleh bercukur selang dua hari. Terpulang kepada anda sama ada sesuai atau tidak sesuai untuk anda membiarkan jambang yang tumbuh di sekitar bahagian leher.
  • Kenal pasti secepat mana pertumbuhan misai dan jambang supaya anda boleh menetapkan rutin perapiannya.

Leave a comment »