COKLAT : Tinggalkan Ingatan Berpanjangan

354311587_107e06d41a_m

Mencari hadiah untuk seseorang kadangkala menimbulkan kerumitan. Apakah hadiah yang sesuai, adakah penerimanya akan menyukai hadiah itu, antara soalan yang pasti berlegar-legar dalam fikiran. Belum lagi memikirkan harga barangan yang mungkin `menyesakkan’ poket.

Jangan risau. Ada satu hadiah yang amat ringkas tapi berpotensi tinggi untuk membuatkan penerima gembira dan pada masa yang sama, mengurangkan tekanan, menjimatkan masa dan belanja anda untuk membelinya.

Coklat! Tahukah anda coklat adalah `luahan kasih sayang’ (message of love), luahan perasaan dan keprihatinan. Sesiapapun, berhak menerima hadiah coklat, tidak kira lelaki atau perempuan, kekasih, ahli keluarga, rakan sekerja, rakan perniagaan, tetamu majlis atau orang yang baru anda kenali. Anda hanya perlu memastikan minat dan cita rasa teman anda itu.

Namun, sebagai pemberian istimewa, pastikan coklat yang ingin dihadiahkan itu dibungkus dengan menarik. Coklat itu mungkin boleh diletakkan dalam bakul, kotak atau apa saja cara yang bersesuaian dengan tujuan pemberian anda itu. Semuanya bergantung kepada kreativiti anda untuk memberikan kejutan kepada si penerima.

Ada beberapa faktor yang membuatkan coklat pilihan yang tepat untuk dijadikan hadiah. Pertama sekali, populariti manisan ini yang berterusan membuatkan ia sampai bila-bila pun tidak `ketinggalan zaman’. Ia juga mampu mencetuskan mood gembira bila seseorang memakannya selain memperbaiki tahap kandungan gula yang rendah.

Tidak hairanlah jika ada yang menyifatkan coklat sebagai alternatif terbaik kepada jambangan bunga yang juga sebelum ini popular sebagai pilihan hadiah.

Hadiah ini akan lebih istimewa jika coklat yang diberikan itu terdiri daripada jenis yang eksklusif, mahal atau mungkin yang diimport atau dibeli dari luar negara. Lebih eksklusif lagi jika anda sendiri yang menyediakan coklat berkenaan!

Akhir sekali, titipkan juga ucapan indah dan bermakna bagi menambahkan lagi kegembiraan si penerima. Pasti coklat yang diberikan itu meninggalkan rasa dan ingatan yang berpanjangan….

68153223_665dbdf47d_m1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: