Apa yang lelaki mahu?

1_502786856l

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang ini yang masih belum mampu memahami suami mahupun teman lelaki mereka.

Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa yang sebenarnya lelaki cari dalam perhubungan.

Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus ingat walaupun masa beredar dan dunia di keliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah hubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasi sayang.

Lelaki jauh di sudut hati mengkehendaki isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong

Lelaki akan mencari wanita yang boleh jadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita boleh boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik ciri yang sangat penting. Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling balik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut. Lebih penting dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia.

Pada usia 30-an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40-an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada. Begitupun, peringkat kematangan lelak ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: