Archive for July, 2009

PIZZA, Teknologi yang terlalu maju.

Pesan PIZZA Tahun 2080..

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia..

Selamat datang ke dunia IT..

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850..

Operator :

Terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu..

Pelanggan :

Heloo, saya nak pesan pizza..

Operator :

Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya..

Pelanggan :

OK, sekejap..

No nya : 790615-08-5331

Operator :

Ok.. Encik Rahmat, berumur 41 tahun, dan tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam.. Nombor telefon rumah : 03 77726378.. No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit : 016-6666222 , encik menelefon dari mana?

Pelanggan :

Dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua nombor telefon saya?

Operator :

Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat..

Pelanggan :

Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza, pakej family..

Operator :

Itu bukan idea yang bagus encik ..

Pelanggan :

Kenapa pulak?

Operator :

Dari medical record encik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal..

Pelanggan :

Jadi awak rekemenkan apa?

Operator :

Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza..

Pelanggan :

Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator :

Hmmm, minggu lalu encik baru pinjam buku yang berjudul “Popular Hokkien Dishes” dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan :

Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?

Operator :

Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang, jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan :

Takpe, cukup tu.. Ok, saya akan bayar dengan kad Visa saya..

Operator :

Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa encik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu, itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik..

Pelanggan :

Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai, ke rumah saya..

Operator :

Owh, rasanya pilihan itu pun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00..

Pelanggan :

Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini.. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator :

Sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai encik..

Pelanggan :

APA??

Operator :

Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan encik?

Pelanggan :

Cis! Melampau betul! Celaka gile.. Sape bagi bukak rekod orang lain sesuka hati ni? Ada yang nak kena belasah ni??!!..

Operator :

Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 encik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza Alam Sentral, Shah Alam..

Pelanggan :

(Terdiam)

Operator :

Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan :

Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan ?

Operator :

Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko..

Pelanggan :

KURANG AJAR!! BATALKAN SAJA SEMUA!!

Operator :

Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami, username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan..

Terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot..

Leave a comment »

Memo untuk staff

Staff  Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2010, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

PENGANGKUTAN

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

CUTI TAHUNAN

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

CUTI SAKIT:

Mulai 2005 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2005 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ‘staff sembelit’.

PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Leave a comment »

..Wanita Bertudung..

Dipetik dari : http://iqahpumpkinpie.blogspot.com

340140105l

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Berikut saya point-kan beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:

“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.” (09:67)

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “…karena itu mereka tidak di ganggu”…. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu ‘show’ yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk ‘mendapatkan’ wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat). (33:32)

3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “…supaya mereka lebih mudah untuk dikenal…”. Ssebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Saya ambil beberapa contoh pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Renungan:

Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian ‘haram’ yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya), maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Na’uzubillah…

Leave a comment »

Khatimah Cinta

by : 6ixth Sense

1_869294804l

Oh..Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu
hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi…

Comments (2) »

Saat Terakhir

by : ST12

st12puguhdotcomdq71

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja
kutelah bisa cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup

Satu jam saja
kutelah bisa sayangi kamu.. di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
di hatiku

Leave a comment »

Bahtera Kasih

Bahtera Kasih

by : Wildan

bahtera-kehidupan

Kita ditakdirkan bertemu
Di dalam satu bahtera
Kita ditakdirkan bertemu
Untuk menyimpul kasih
Takdir telah menetapkan
Bahtera ditimpa gelora
Arus badainya menghempas damai

Kita pernah berikrar
Akan terus bersama
Walau pun dilanda badai gelora
Namun semuanya itu
Hanya tinggal kenangan
Indahnya kini sudah tiada

Di sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Begitulah resam kehidupan
Indahnya hanya sementara

Bahtera kasih ibarat kaca
Zahirnya indah tetapi rapuh
Jika terhempas dilanda badai
Pastinya ia hancur berderai

Berdoalah kita kepada Nya
Moga bahtera kasih
Kekal abadi

Bersamalah kita berwaspada
Bahtera kasih yang dilayari
Semoga pelayaran ini
Akan kekal abadi
Akan kekal untuk selamanya

Leave a comment »

Lautan Ilmu

3266968882_11d81573ea

Ilmu itu umpama laut yang biru

Terbentang luas di dada alam

Di dasarnya tersembunyi berjuta misteri

Yang tidak akan tertangkap sampai bila-bila..

Di mukanya mengaluni indah

Ombak menemani pantai yang sepi

Di tepinya terjalur landaian pantai

Yang memutih bagai sutera rasa

Saujana mata memandang..

Di atasnya bebas terbang si camar mencari persinggahan

Terbentang langit biru dilindungi awan

Ditemani tiupan sang bayu

Kadang kala terbias sang pelangi

Kadang kala terhempas kapal di laut

Kadang kala ganas menerjah pantai..

Oleh itu,

Tuntutlah ilmu sampai bila-bila

Kerana ilmu itu indah bermakna

Bagi yang mengerti..

Leave a comment »