Archive for October, 2009

CINTA A.K.A LOVE

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya..

Pelajar : Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
Guru : Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya : Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?
Pelajar menjawab : Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab : Ya, itulah cinta..

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?

Guru : Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu, tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?
Pelajar itu menjawab : Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab : Itulah perkahwinan…….

TAMAT

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Leave a comment »

Soalan Licik, Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

“Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua       :   Apa 3 x 3?

Abu                 :   9

Pengetua       :  Apa 6 x 6?

Abu                 :   36

Pengetua terus bertanyakan soalan-soalan berdasarkan tahap pencapaian murid-murid UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″. Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni :  Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu                 :   (berfikir) Kaki

Cikgu Murni : Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu                 :  Saku

Cikgu Murni :  Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu                 :   Kelapa

Cikgu Murni :   Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu                 :   Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni :   Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu                 :   Bersalaman

 

Cikgu Murni :   Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu                 :   Baik Cikgu

Cikgu Murni :   Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu                 :   Khemah

 

Cikgu Murni :   Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu                 :   Cincin perkahwinan

 

Cikgu Murni :   Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu                 :   Hidung

 

Cikgu Murni :   Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu                 :   Anak panah

Cikgu Murni :   Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay? Abu               :   Okay

Cikgu Murni :    What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?

Abu                 :   Firetruck

 

Cikgu Murni :  What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.

Abu                 :   Fork

 

Cikgu Murni :  What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu                 :   Surname

 

Cikgu Murni :   What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu                 :   Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning..Hehehe

Leave a comment »

Gerhana Kasih

Title : Gerhana Kasih

By : Nora

Sejuta Madah Cinta
Yang Ingin ku Lafazkan
Demi Melambangkan
Setia Cinta
Tetap Teguh Bertakhta
Bagai Saat Pertama
Jejari Saling Membelai
dan Mata Pula Bertemu
Seolah Tinggi Di Awan
Seraya Berkata
Inilah Pasangan Hidupku

Gerhana Kasih
Adakalanya Melanda
Membawa Rasa
Resah
Gelisah
Sengsara
dan Bila Ia Pun Berlalu
ku Semakin Pasti
Membuat ku Semakin Cinta

Bahagia Bersamamu
Mewarnai Hidup Ini
Pengorbanan Yang Kau Beri
Tingginya Tiada Terdaki
Betapa Tabahnya Hati
Di Dalam Sengketa
Engkau Tetap Jua Di Samping Ku

Padamu Tuhan Maha Esa
ku Pohonkan Keampunanmu
Tunjukkan Arah Restumu
Berikan Kami Bahagia
Oooh Oooh Oooh

Sengsara
dan Bila Ia Pun Berlalu
ku Semakin Pasti
Membuat ku Semakin Cinta
Kerna Gerhana Kasih
Kasih ku Semakin
Cinta

Leave a comment »

Tugu Peringatan

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

“Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi ” kata si doktor.
“Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu,” kata lelaki itu.
“Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu” jawap si doktor itu.
“Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti” kata lelaki itu.
“Mengapa pula ?” tanya doktor tersebut. “Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin” jawab lelaki itu sungul..

Leave a comment »

Y for Yati

Y for Yati

DSC02624

Rules: It’s harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.

Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real. Nothing made up! <– Macam ko tau betul KE salah.

1. What is your name : Yati

2. A four Letter Word : Yati

3. A boy’s Name : Yusuf (adik aku ler)

4. A girl’s Name : YatiYula

5. An occupation : Youth Worker

6. A colour : Yellow

7. Something you’ll wear : Yellow T-shirt

9. A food : Yong Tau Fuu

10. Something found in the bathroom: Yellow soap
11. A place : Yik Mun Pau (Famous Pau at Tanjung Malim)

12. A reason for being late: Yesterday my grandmother died
13. Something you’d shout : Yess!!

14. A  movie title : Yes Men

15. Something you drink : Yakult
16. A  musical group : Y Rock – music group

17. An animal : Yaks

18. A street name : Yap Ah Loy

19. A type of car : YUGO

20. The title of a song : Yang Tersayang (Amelina dan Iwan) = Layan dangdut erk..

yuyah yugak yulis yenatang yi.. (ni)

Leave a comment »