Surat Kepada Abang

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ini dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik, cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini, Kereta baru abang tu mahal, harga mencecah 100k barangkali sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam. Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat. Tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah. Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah. Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance, tapi ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah. Kereta abang make up lawa-lawa, tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah $100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada. Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak. Paling menyedihkan, ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang tapi kalau ayang yang kena curi?
Ayang nak balik kampung dulu, anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa. Tak nak naik kereta abang takut calar, ayang calar takpe. Jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.

Pesanan dari ayang,

  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG.
  • ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.Love,
    Ayang

Jawapan Kepada Surat ayang.

29 Febuari 2009.

Dear ayang,

Bukan lah abang sayang keta tu lebih dari ayang, tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nanti kalau hilang sapa nak ganti. Ayang abang suruh keja ayang tak nak, ayang kata nak dok rumah je jaga anak, nak siap kan sarapan, nak kemas umah tapi ayang tiap-tiap hari bangun tido pukul 12:00 tengahari. Macam mana nak buat keja rumah. Cubalah ayang fikir mana tak abang tido dalam keta. Abang balik keja lambat sikit ayang dah kunci pintu. Bukannye abang gi berfoya-foya kan, abang gi keja. Lagi satu pasal pizza yang ayang ngidam tu. Ayang nak pizza yang di order dari Jepun, mana lah abang ada duit nak order. Abang nak bagi apam balik yang jual kat depan ofis abang ni ayang tak nak, ayang nak jugak pizza dari Jepun. Nasib baik abang tak belikan kalau tak anak kedua kita tu mesti muka macam Doremon.. Ish, tak nak la abang. Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur. Ayang yang tersalah buang ingatkan sampah. Tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dengan sampah pun dah jadi serupa jer. Hadiah tu mahal tau abang
beli untuk ayang.

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dari keta tu walaupun hantaran masa kita
kawin cuma RM80k. Ayang tak tau berapa kali abang turun naik bank nak buat loan RM80k, tapi demi ayang abang buat jugak. Sebab masa tu ayang kalau make-up memang sebijik macam Maya Karin. Tapi sejak ayang buat rebonding 3 tahun lepas, setiap kali ayang make-up, abang terbayang pulak muka pontianak dalam citer Pontianak Harum Sundal Malam a.k.a PHSM tu. Bukan ayang tak cantik tapi kening ayang tu, ayang gi cukur wat per. Walaupun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang tak yah la nak cukur kening ayang tu. Pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kis macam mana.

Dah la ayang, abang malas nak citer. Tapi abang nak bagi tau jugak kat sini ayang tetap nombor 1 dalam hati abang. Nanti kalau naik bas tu bebaik. Ayang nak balik kampung abang izinkan cuma jangan lupa kirim salam kat mak ayah kat sana. Kalau ada gulai tempoyak ke nanti jangan lupa bawak balik sikit. Kalau ada lembu terlepas ke, ayang tak yah laa susah-susah gi kejar lembu tu. Biar jek. Nanti abang balik kampung, abang kejar kan. Bukan apa takut lembu tu tanduk ayang, nanti bukan setakat calar jek, silap-silap leh masuk hospital. Abang kene tanduk tak pe. Jaga anak-anak baik-baik, jangan bagi diorang main kat sungai musim-musim banjir ni. Nak dapat anak bukan senang takut nanti ayang ngidam lagi pizza Jepun lak lagi haru. Baik jaga jek yang dah ada tu. Ayang pun jaga diri baik-baik. Jangan sampai jatuh longkang lagi. Hehe. Abang memang tak nak ketawa masa tu tapi nak wat macam mana, ayang jatuh kepala dulu yang masuk
longkang. Dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding. Memang abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu tak leh abang nak bayang kan
cam mana. Tengok laa sendiri gambar tu.

Ok lah ayang, nanti lepas cuti sekolah kita jumpa lagi eah.. Bye ayang.

Love,

Abang

P/S : Thanks to Mr.Bobo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: