Aquaria KLCC

– Percutian Keluarga –

Date : 21 Disember 2008

Day : Ahad

dsc00096

dsc001381

dsc017721

dsc017731

dsc001371

Sekembalinya dari percutian di Lost World of Tambun di Ipoh, pada malamnya kami menginap di Tanjung Malim iaitu berhampiran dengan kediaman yang disewa oleh saya sepanjang sesi pelajaran saya di sini.

Keesokkan harinya kami bertolak seawal jam 8:00 pagi dan sempat bersarapan di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Kami meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju dimana terletaknya rumah sepupu ma. Selepas solat zuhur, barulah kami menuju ke destinasi iaitu KLCC.

Bagi diri saya dan ucop, ini bukan kali pertama kami berkunjung ke Aquarium KLCC. Kunjungan ke Aquaria ini memberi seribu kenangan buat ma, nenek, pakcik dan sepupu-sepupu. Terdapat pelbagai jenis spesis serangga dan hidupan laut. Dari sekecil-kecil hidupan laut hinggalah ke sebesar-besarnya. Sememangnya ini amat berguna untuk menambah pengetahuan tentang hidupan laut dan serangga sekaligus dapat mengaplikasikannya dalam pelajaran kerana dapat melihat secara dekat berbanding hanya menonton televisyen mahupun melihatnya dari gambar. Aquaria ini merupakan tempat yang terbaik untuk mengisi masa lapang anak-anak kerana mereka dapat mengenali spesis yang hampir pupus dan spesis yang memang sukar ditemui.

Berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan iaitu RM28 bagi dewasa, RM22 bagi kanak-kanak dan RM18 bagi warga tua. Oleh kerana saya, yani dan ucop merupakan penuntut di ipta, tiket yang dikenakan kepada kami hanyalah RM20.

Seusainya mengunjungi Aquaria, kami turut mengabadikan kenangan di Suria KLCC. Kepenatan jelas terpancar diwajah masing-masing namun berbaloi dengan kenangan dan pengalaman yang kami peroleh.

dsc017861

dsc002121

dsc017831

– Baby Yula –

%d bloggers like this: