Masjid Kristal, Terengganu

– Percutian Keluarga –

Date : 11 Disember 2008

Day : Khamis

dsc01658

dsc01700

dsc01668

copy-of-dsc01657

dsc01678

dsc01679

Sebenarnya tujuan utama ke Kuala Terengganu adalah untuk mengziarah rumah Tok Guru Al-Quran di Pengadang Baru, kemudian kami ke tempat tinggal kami dulu di Flat Polis Padang Hiliran dan mengziarah beberapa orang sahabat ma yang masih tinggal di situ. Turut ikut sama sepupu-sepupu (Along, Angah, Wan dan Dek fa) yang ingin mengisi masa cuti sekolah mereka.

Sesungguhnya, Kuala Terengganu telah banyak mengalami perubahan. Arus pemodenan sekarang amat jelas kelihatan, namun begitu terdapat juga peninggalan yang masih tidak terjejas.

Kuala Terengganu,

di kala kakiku mencecah bumimu,

kemesraan menepuk bahuku,

keramahan menyapa rasaku,

keharmonian dan kedamaian

berbaur dalam hatiku..

Petang surammu,

bersama sepoi angin mencium wajah,

ku usapi Padang Hiliranmu,

unik dan pesona,

selalu dan selamanya..

Di bumimu,

ku temui segalanya untukkn..

kedamaian, keindahan, ketenangan

semuanya bersemadi di hamparanmu

amat memikat hatiku..

Keistimewaanmu,

berpaut pada peristiwa yang aku lalui..

Keindahanmu,

menjadi nyanyian ABADI..

– Baby Yula –

%d bloggers like this: