Salam AidilAdha 2008

– Salam AidilAdha –

Date : 8 Disember 2008

Day : Isnin

dsc01644

dsc01596

dsc01634

Seperti kebiasaannya, seawal pagi saudara-mara akan berkumpul dirumah dan sama-sama ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat sunat aidiladha. Seusai itu, kami ke tanah perkuburan bagi menghadiahkan bacaan yasin dan setangkai doa untuk yang telah pergi.

Saya tidak sempat melihat ternakan yang dikorbankan pada raya kali ini. Hanya berada di rumah dan menunggu kehadiran tetamu. Juadah yang disediakan ma pada sebelah pagi merupakan bihun goreng serta kek coklat, kek span dan kek buah. Sebelah petangnya kami menerima banyak daging korban.

Hari raya aidiladha a.k.a hari raya korban a.k.a hari raya haji tidaklah semeriah hari raya aidilfitri, namun ia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Aidiladha bukanlah sekadar ritual, didalamnya tersirat sebuah pengertian dan penghayatan serta perlaksanaan di sebalik peristiwa korban. Hari raya korban merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya (Nabi Ismail) demi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Pengorbanan sebenarnya bukan hanya kisah penyembelihan itu tetapi ia mempunyai maksud yang luas.

Dan saya percaya, setiap pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang itu meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri individu terbabit. Kerana itulah sebuah pengorbanan tidak ternilai harganya. Setinggi mana darjat manusia itu, sehebat mana pun manusia itu, mereka tidak lepas dari melakukan pengorbanan dalam diri masing-masing. Hanya dengan berbekalkan secebis ketabahan dan kesabaran serta kecekalan hati mampu menjadikan seseorang itu terus berpegang pada landasan yang benar.

Pengorbanan kedua ibubapa merupakan aset terbesar bagi diri saya. Seluas mana pun lautan tidak akan ternilai harganya dengan pengorbanan mereka selama ini. Buat ma dan arwah abah, terima kasih kerana menjaga, mendidik dan membesarkan saya sehingga ke hari ini.

Love never ends,

– Baby Yula –

%d bloggers like this: