Salam Aidilfitri 2008

– Selamat Hari Raya –

Maaf Zahir Batin

Date : 1 Oktober 2008

Day : Rabu

dsc01240

dsc01247

dsc01253

dsc012541– Selamat Hari Raya Aidilfitri-

Merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah berjaya mengharungi ibadah Puasa selama sebulan.

Seawal jam 7 pagi, sanak saudara sudah berkumpul dirumah saya untuk bersiap dan pergi ke masjid menunaikan ibadat sunat iaitu solat sunat hari raya aidilfitri. Kami saling bermaaf-maafan antara satu sama lain dan seterusnya pergi ke tanah perkuburan yang terletak beberapa kilometer dari rumah saya. Mengziarahi kubur arwah abah pada hari itu meninggalkan kesan yang mendalam bagi diri saya. Terasa masih terngiang-ngiang suara arwah abah dan pada ketika itulah kenangan bersama arwah datang menjengguk di pintu hati ma, saya dan adik-adik. Kerinduan pada arwah jelas terpancar dimata mereka. Hanya berpegang pada “dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali“, sesungguhnya apa yang kita ada dalam dunia ini bukanlah milik kita sebenarnya. Ianya hanya pinjaman dari Allah. Al-fatihah.

Seusai mengziarahi tanah perkuburan, kami kembali ke rumah untuk menjamah juadah pada hari itu. Juadah yang disediakan oleh ma adalah soto, lontong dan nasi himpit. Memandangkan rumah yang didiami oleh ma sekarang merupakan tempat berkumpulnya saudara-mara, raya pada kali ini dirasakan paling meriah sejak ketiadaan arwah abah pada awal bulan ramadhan tahun lepas (12 September 2007). Selesainya menjamah hidangan pada hari itu, kami berkunjung ke rumah jiran-jiran dikampung dan tidak lupa juga ‘duit raya’. Sesungguhnya sambutan hari raya di kampung amat meriah. Pada sebelah petang pula, saya hanya berada di rumah untuk menanti kedatangan jiran-jiran, sahabat handai dan saudara mara yang lain.

Andai ini sambutan hari raya aidilfitri yang terakhir..

-Baby Yula-

%d bloggers like this: