Separuh Jiwaku Pergi

by : Anang

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Leave a comment »

Bersediakah anda untuk Temuduga?

Mahmud menghadiri temuduga untuk mengisi jawatan Pegawai Tadbir di SPA lalu ditanya:

 “Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaannya?”

 Mahmud jawab dengan penuh sopan,

Sebenarnya usaha usaha telah bermula empat lima tahun sebelum itu tetapi hasilnya hanya dapat di lihat pada tahun 1957.”

 “Siapakah yang bertanggungjawab atas tercapainya kemerdekaan ini?”

Banyak orang yang terlibat dalam perkara ini jika saya menyebut hanya seorang mungkin tidak adil pada mereka mereka yang lain yang juga terlibat” Jawab Mahmud.

Apakah rasuah menjadi musuh Negara yang utama?”

Ada usaha untuk mengkaji perkara ini jadi bila laporan sudah dikeluarkan boleh lah saya nyatakan dengan tepat.” Jawab Mahmud

 

Penemuduga sangat berpuas hati dengan jawapan Mahmud dan mohon dia jangan beritahu jawapan ini kepada calon calon yang lain agar soalan-soalan tidak bocor.

Di luar bilik temuduga Mahmud ditanya oleh calon-calon lain apakah soalan-soalan yang telah ditanya. Mahmud tidak memberitahu sesiapa. Namun seorang pemuda Kadir namanya tetap menggesa Mahmud untuk memberitahu sesuatu. Kadir merayu sekurang kurangnya beritahu jawapannya . Mahmud akhirnya beritahu Kadir jawapan-jawapannya.

Setibanya giliran Kadir ia masuk dengan keyakinan yang menggunung.

Tetapi oleh kerana salinan sijil lahirnya agak pudar dan sukar dibaca maka penemuduga mula bertanya memohon kepastian.

Awak lahir pada tahun berapa?”

Sebenarnya usaha usaha telah bermula empat lima tahun sebelum itu tetapi hasilnya hanya dapat di lihat pada tahun 1957.” Kadir menjawab.

Dengan rasa hairan penemuduga terus bertanya

Siapa nama bapa awak?”

Banyak orang yang terlibat dalam perkara ini jika saya menyebut hanya seorang mungkin tidak adil pada mereka-mereka yang lain yang juga terlibat.” Yakin betul jawapan Kadir.

Penemuduga mula marah.

Awak nii gila ke apa?”

Ada usaha untuk mengkaji perkara ini jadi bila laporan sudah dikeluarkan boleh lah saya nyatakan dengan tepat.” Tersenyum Kadir.

Comments (2) »

Dua cara menguruskan badan..

Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan badan.. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,

“Kami menawarkan 2 program disini, RM50 untuk versi ‘biasa’ dan RM100 untuk versi ‘cepat’..”

 

Mamat tu pon berkata,

“Saya ingat yang biasa lah sebab saya ni baru nak try kuruskan badan..”

 

” Ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana,” jawab penjaga kaunter..

Mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya.. Selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu.. Dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk, berpeluh.

Perempuan tadi berkata,

“Kalau tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dengan saya.. Hikhikhikk”

Dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun kejar la.. Kejar punya kejar sampai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.

Apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg..

” Wow, memang senang nak turun berat badan, memang berbaloi aku bayar RM50 tadi..” katanya seorang diri.

Keesokkan harinya dia datang semula ke tempat tersebut.. Dia ditegur oleh pemuda di kaunter.. Setelah diberi penerangan seperti semalam, mamat tadi memilih untuk mencuba versi ‘cepat’ pula..

“Baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya..” kata penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit didalam bilik itu, datangla seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakaiannya.

Body builder itu berkata “Saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalu saya dapat.. Hehhehheee..”

 

SEKIAN :

Thanks to : Puan Sheena (foward email nih)

Leave a comment »

Surat Terakhir Dari Kekasih..

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya.. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut.. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa.. Tapi itulah kebenarannya..

Saya telah menolak awak.. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak.. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan.. Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak..

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak.. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa.. Dewasa menjadi cinta..

Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam.. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian.. Dan saya mula terfikir.. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak.. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini.. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu..

Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta.. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu..

Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam.. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya.. Awak beri saya harapan yang sangat besar.. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam..

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tau apa yang sebenarnya awak cari.. Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta.. Dan mungkin takkan pernah dewasa.. Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang..

Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?

Awak..
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali.. Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan.. Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai sekali..

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada.. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak.. Jangan pernah menganggap..

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya.. Setiap saat, saya mengingati awak.. Seumur hidup ini, saya mencintai awak..

Awak..

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya..

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya..’

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya..’

‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini..’

Semuanya untuk awak.. Tapi sayang, awak tak pernah tahu..

Seseorang pernah berkata :

‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place..’

Awak..

Ketahuilah bahawa saya mencintai awak.. Terlalu cintakan awak.. Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak..

Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari.. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar.. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang..

Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya..

Awak..

Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita.. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini.. Dan saya tak akan menyoal.. Saya juga tak pernah kesal.. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya..

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya.. Itu bukanlah harapan saya.. Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan.. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik..

Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya.. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak..

Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak..

 

————————————————————————————————

P/S : Surat ini telah di’foward’kan kepada saya.. Amat menyentuh perasaan saya sebagai seorang wanita.. Tetapi, agak-agaknya lah apa perasaan lelaki sekiranya mereka dapat surat sebegini?

Kenali lah musim hujan yang basah
dan kemarau yang meranggaskan daun-daun kering
di sepanjang hari dalam dua belas purnama
kerana cintaku bersemi di dua musim..

Kenali lah gelisah angin di antara buluh-buluh bambu
yang meliuk ke kanan dan meliuk ke kiri
yang menggemerisik di antara sunyi
kerana ada bisikan tentang gelisahku..

Ketika senja turun di bukit-bukit tak berpenghuni
ada rona yang dilukiskan pada latar langitnya
merah membara dan kadang-kadang lembayung
kenalilah warnanya yang disapukan dari rinduku..

Malam-malamku adalah catatan tentang cinta
dinginnya menghangatkan dan memberi aroma rasa
aku jejaki purnama yang tenggelam di antara awan
dan aku ingin terbenam bersama cinta yang kau bawa..

Comments (5) »

Delightful Penang “Experience The Visual Exhibition 09”

Pelajar Pendidikan Seni Komunikasi Visual Melakar Sejarah di Pulau Pinang

KEPALA BATAS : Seramai 45 orang pelajar program Pendidikan Seni Komunikasi Visual (Viscom) semester 7  telah menyertai pameran degree show Delightful Penang “Experience The Visual Exhibition 09” yang bertempat di Kompleks Dato Kailan, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 21hb November 2009. Pameran ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Redhuan bin Che Ros, Penasihat Khas Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mewakili Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Turut menghadiri pameran ini adalah Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, ADUN Bertam Pulau Pinang, Dekan Fakulti Seni dan Muzik serta ramai lagi.

Mengulas kenyataan Penasihat Khas Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang berkata “Pameran DELIGHTFUL PENANG  ini dapat mempromosikan negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan unggul dan sumber rujukan khazanah sejarah dunia terbilang dimana Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO. Disamping itu membuka minda mahasiswa menerusi pendekatan eksplorasi dan menjana kreativiti dalaman meluahkan bakat yang terpendam supaya mendapat keyakinan menjadi graduan yang memiliki kemahiran insaniah (softskills) yang tinggi dan meneruskan perjuangan mengejar ilmu sepanjang hayat menerusi konsep pendidikan berterusan.” 

Beliau turut mengzahirkan rasa berbangga dengan adanya penglibatan rakan-rakan dan kakitangan universiti dalam menjayakan DELIGHTFUL PENANG : “Experience The Visual Exhibition 09” (Degree Show) dan ini merupakan satu petanda baik bagi menjana kebitaraan UPSI. Beliau juga merasakan kematangan para pelajar  UPSI telah setanding dengan universiti – universiti lain di Malaysia pada hari ini.

Pameran Delightful Penang “Experience The Visual Exhibition 09” ini telah dijayakan oleh para pelajar program Pendidikan Seni Komunikasi Visual semester 7 dibawah Fakulti Seni dan Muzik bermula 20hb November 2009 sehingga 21hb November 2009. Pameran ini mempersembahkan karya akhir para pelajar dalam bentuk seni grafik, multimedia interaktif dan animasi. Pulau Pinang adalah lokasi yang menjadi subject matter dan juga sebagai tema persembahan kepada pameran. Ini adalah untuk menyanjung tinggi warisan Negara yang terdapat di sana.

Terdapat empat major dibawah program Pendidikan Seni Komukasi Visual ini seperti Animation Design, Interactive Design, Advertising Design serta Graphic Design. Anugerah karya terbaik juga diberikan kepada Mohd Shahril bin Razali (Animation Design) , Nik Muhammad Firdaus bin Shafie (Interactive Design), Nor Aida binti Hajin (Advertising Design) dan Maisalmah bt Mohd Halil (Graphic Design).

Objektif pameran ini adalah untuk mendokumentasikan khazanah warisan dunia negeri Pulau Pinang dalam bentuk audio visual (fotografi, videografi, animasi 2D dan 3D, buku coffee-table, karya grafik, CD interaktif dan laman web). Ia juga menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan unggul Negara, setelah diiktiraf oleh badan dunia (UNESCO) sebagai warisan dunia. Pameran ini juga memberi pendedahan terhadap pelajar tahun akhir bagaimana pengurusan sesebuah pameran umum diuruskan. Ia juga memberi peluang kepada Fakulti Seni dan Muzik untuk mengadakan pameran luar sebagai tatapan umum.

Melalui pameran ini, para pelajar dapat menghasilkan karya kreatif seni komunikasi visual yang dipersembahkan pada khalayak awam menerusi aktiviti pameran DELIGHTFUL PENANG : “Experience The Visual Exhibition 09”. Program sebegini dapat memangkin nilai kebitaraan UPSI menerusi karya kreatif berpameran. Ia juga dapat membuka minda mahasiswa menerusi pendekatan eksplorasi dan menjana kreativiti dalaman meluahkan bakat yang terpendam supaya mendapat keyakinan menjadi graduan yang memiliki kemahiran insaniah (soft skills) yang tinggi dan meneruskan perjuangan mengejar ilmu sepanjang hayat menerusi konsep pendidikan berterusan.

Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan antaranya kuiz interaktif untuk pelajar sekolah, demo kraf tradisional seperti batik, anyaman dan membuat tembikar oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai pendedahan kepada pelajar sekolah serta para pengunjung yang hadir. Terdapat juga demo penggunaan perisian seperti Corel Draw, 3D Max dan sebagainya oleh para pelajar.

 

Disediakan oleh :

AJK Dokumentasi

Delightful Penang : “Experience The Visual Exhibition 09”

1) Nor Aida binti Hajin

2) Haryati binti Zainunddin

 

Leave a comment »